Negeri
Perak atau juga dikenali sebagai
Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk
Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) (lihat peta). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di
Semenanjung Malaysia (selepas
Pahang).
Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Negeri Perak atau Geografi Perak
Perak Darul Ridzuan terdiri daripada 10 jajahan yang dipanggil sebagai daerah:
Bandar-bandar utama di Perak adalah termasuk Bandar Raya
Ipoh, Bandar Diraja
Kuala Kangsar, Bandar Warisan
Taiping,
Sitiawan,
Kampar dan
Teluk Intan.
Kini, Daerah
Kampar telah diserap masuk ke dalam Daerah
Kinta.
Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Negeri Perak
Zaman Kesultanan Melayu
Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia
telah menduduki negeri Perak semenjak 40,000 hingga 8,000 tahun Sebelum
Masihi.
Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut
Gangga Negara di Perak barat laut. penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada
1528 dengan kemahkotaan
Sultan Muzaffar Shah I, keturunan
Sultan Mahmud Shah dari
Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada
Kesultanan Melaka.
Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak
Aceh,
Bugis,
Portugis,
Belanda,
Thailand dan kemudiannya
British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh,
Sumatera.
Zaman Naungan Residensi British
Penemuan lapisan
timah yang terkaya di dunia pada
1824 menarik pemasukan
pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang
Cina.
Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta
orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang
dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada
1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk
turun takhta dengan pembayaran
pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang
Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan
polis tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada
1877. Malangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke
Seychelles. Seorang
pemangku raja
mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi
Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi
raja.
Warisnya,
Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang
Melayu
yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah
pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama
untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah
satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada
1897.
Pendapatan negeri Perak merosot apabila harga
getah merosot selepas
Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada
1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan.
Sultan Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan
Rejimen Askar Melayu DiRaja pada
1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak
Jepun pada Hari Raya Tahun Baru
1942. Walaubagaimanapun,
Sultan Abdul Aziz, bukan seorang
raja yang senang digulingkan.
Negeri Perak memasuki
Malayan Union pada
1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan
Persekutuan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri
Malaysia pada
16 September 1963.
10 daerah-daerah terkandung dalam Negeri Perak
Kerajaan
Sultan Negeri Perak merupakan Ketua
Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh
Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan
Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh
Menteri Besar,
memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar
kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada
parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.
Krisis perlembagaan Perak
-
Pada Februari 2009, terdapat perubahan pada kerajaan negeri berikutan
beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat yang keluar
parti. Sultan Perak kemudiannya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan
memberi laluan kepada Barisan Nasional. Bekas Menteri Besar dari
Pakatan, Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan kesahihan tindakan
tersebut dari segi perlembagaan negeri dan mendakwa beliau masih
memegang jawatan Menteri Besar.
[1]
Pada 18 Februar 2009, speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar
menggantung Menteri Besar dari Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul
Kadir, bersama-sama enam ahli Exconya daripada menghadiri persidangan
Dewan Undangan Negeri dengan tempoh penggantungan masing-masing selama
18 dan 12 bulan.
[2]
Pada 3 Mac 2009 27 Ahli Dewan Undangan Negeri dari pakatan rakyat serta
speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar tidak dibenarkan masuk
ke Dewan Undangan Negeri Perak.Selepas tidak dapat memasuki Dewan
Undangan Negeri Perak,kesemua 27 ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri)
pakatan rakyat dan speaker DUN Perak,V Sivakumar mengadakan sidang DUN
di bawah pokok. Pihak DAP mendakwa bahawa Sidang DUN itu sah kerana
bedasarkan peraturan, speaker Dun Perak mempunyai kuasa untuk menetapkan
tempat persidangan, sedangkan BN mengatakan ia persidangan haram kerana
tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Dalam Sidang Dun, 2 usul
diluluskan.
- Usul undi percaya kepada Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin.
- Usul memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak.
Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun telah mengeluarkan perintah
melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada
mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang pada 3
Mac 2009 (Bernama). Ini berdasarkan fakta/peraturan bahawa Speaker tidak
mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan
daripada Sultan Perak.
[3]
Ekonomi dan kebudayaan
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Negeri Perak
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Negeri Perak
Suatu ketika dahulu, persembahan
Wayang Kulit Kelantan
(atau Wayang Kulit Siam) pernah bertapak di negeri Perak. Walau
bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Perak.
Sejak sejarah dikuasai oleh
perlombongan timah dan
getah,
Perak mengalami kesulitan yang amat teruk dengan kemerosotan kedua-dua
industri tersebut. Tindakan telah diambil baru-baru ini untuk mengubah
ekonomi negeri Perak kepada sebuah ekonomi berdasarkan
perindustrian dan
pengilangan