Pages

Monday, 3 September 2012


Sirah dan Tamadun Islam

Pendidikan Islam                                                                          Sirah dan Tamadun Islam
Tingkatan 1

Tajuk: 24 – Masyarakat Arab Sebelum dan Selepas Islam

1.         Masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah SAW dikenali sebagai     masyarakat Arab Jahiliah.

2.         Jahiliah menurut istilah bermaksud tidak tahu dan sesat daripada agama samawi.

3.         Agama-agama masyarakat jahiliah ialah:

(a)    agama menyembah berhala;
(b)   agama Kristian;
(c)    agama Yahudi;
(d)   agama Majusi.

4.         Masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Badwi dan    masyarakat Hadari.

(a)    masyarakat Badwi:

·         tinggal di luar bandar;
·         sering berpindah randah dan tertumpu di kawasan berair untuk minuman dan ternakan;
·         menternak binatang dan bercucuk tanam;
·         politik mereka berasaskan kabilah yang dipimpin oleh seorang syeikh.

(b)   masyarakat Hadari:

·         tinggal di Bandar;
·         mempunyai pergaulan yang luas serta sering dikunjungi oleh peniaga-peniaga dari luar;
·         berniaga pakaian, ternakan dan hamba abdi;
·         politik mereka berasaskan kepada satu kuasa pentadbiran pusat yang terdiri daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Haji dan Jabatan Kaabah. Mereka patuh kepada pentadbiran pusat ini.

5.         Akhlak keji masyarakat jahiliah:

(a)    wanita dijadikan hamba yang boleh dijual beli dan diwarisi;
(b)   minum arak, berjudi dan berzina menjadi amalan harian;
(c)    suka merompak, membunuh serta berperang;
(d)   membunuh anak perempuan yang baru lahir.

6.         Kedatangan Islam telah membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat Arab     jahiliah.

7.         Antara perubahan-perubahan yang dibawa oleh Islam ialah:

(a)    amalan khurafat dan karut kepada menyembah Allah SWT yang Maha Esa;
(b)   akhlak yang buruk dan keji kepada akhlak yang mulia dan terpuji;
(c)    peperangan dan permusuhan antara kabilah kepada kehidupan yang aman dan harmoni;
(d)   penindasan kepada keadilan sejagat.

No comments:

Post a Comment